HIKMAH BERKATA-KATA 1

|

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan
baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal
yg belayar di lautan telah ramai kapal karam
didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan
hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap
hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana
kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk
sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan
hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh
dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan
ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada
kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan
ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai
masa depan.

10)Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang
lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar
dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11)Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh
manusia yang tingginya enam kaki.

12)Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi
manusia yang selalu mengecewakan agama.

13)Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
akhlaknya.

14)Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas
batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya
wujud tapi amat sukar dilihat.

15)Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan
memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan
ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula
akan menentukan kebahagiaan.

16)Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata
selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
kosong.

17)Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi
sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.

18)Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan
bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada
Yang Maha Berkuasa.

19)Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang
berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20)Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah
kemesraan.

21)Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi
tidak pernah tua untuk bertaubat.

22)Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di
langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di
lautan.

23)Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24)Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana
insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering
tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak
dibuat kayu api.

25)Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih
mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26)Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum
yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27)Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita
memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang
anda miliki itu kepada teman anda.

28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang
pastikan mendatang.

29)Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya
tidak seperti yang diimaginasi .

30)Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.




p/s: blog still on beta testing :-p


4 comments:

miSz kAkha said...

fuyooo...amat ade blog dah....suda majuuuu..heee

neo_amat said...

woo...ade gak org nak komen...sob..sob..
ingat kan x der...hehe

zxara said...

xpelah.. aku sebagai pengkomen rasmi dr rolledd.com & fenelio.com mendoakan smoge anda maju dalam dunie blog (:

bizcuxz said...

mat penat nak bace...ok la 2..bagui2,,hahakz

Post a Comment