History of the war in Bosnia I

|



Dahulunya sebuah negara yang dikenali sebagi Yugoslavia mempunyai 6 wilayah yang berstatus Republik dan 2 wilayah yang berstatus autonomi. Namun kini wilayahnya seperti Bosnia & Hezergovina, Crotia, Slovenia dan Macedonia telah menjadi sebuah negara merdeka. Negara yang dahulunya Yugoslavia kini dikenali sebagai Serbia & Montenegro.

BOSNIA & HEZERGOVINA

Diawal peperangan populasi di wilayah ini adalah sebanyak 4.4 juta. Bosnia merupakan wilayah yang mempunyai percampuran atau kepelbagaian agama yang kompleks. Ini adalah peratus taburan etnik atau masyarakat di seluruh negara bekas Yugoslavia yAang terbahagi kepada:

1. Bosniak = 44% (Muslim)
2. Bosnian Serb = 31% (Eastern Orthodox)
3. Bosnian Croat = 17% (Roman Catholics)

Masyarakat muslim Bosnia mulanya berasal dari bangsa Slav yang mana pada kurun ke 14 dan 15 mereka telah menukar agama mereka dengan Islam semasa Empayar Ottoman menguasai wilayah ini. Daripada peperangan pertama hingga ke penghujung perang dingin, Bosnia merupakan sebahagian negara baru daripada serpihan Yugoslavia. Bosnia secara rasminya mengumumkan kemerdekaanya pada bulan Mac 1992.


SERBIA

Diawal peperangan populasi di wilayah ini berjumlah 9.8 juta, Kosovo dan Nojvodina adalah antara wilayah yang berada di Serbia. Serbia merupakan sebuah republik terbesar dan paling padat, 66% masayarakatnya adalah Serb yang membawa fahaman Easthern Orthodox. Sehingga 1989 serbia mempunyai 2 wilayah berstatus autonomi iaitu Kosovo dan Vojvodina. Wilayah Kosovo yang berhampiran sempadan Albania merupakan kawasan penting dalam sejarah bangsa Serb kerana di kawasan inilah wujudnya kerajaan lama bangsa Serb dan juga pertempuran Kosovo yang terkenal pada tahun 1389. Namun kini 90% populasi yang mendominasi Kosovo ialah etnik Albania dan kebanyakan mereka adalah Muslim. Orang-orang Albania adalah kumpulan etnik Slavic yang bercakap dalam bahasa yang berbeza berbanding bahasa Serbo-Croatia di seluruh bekas negara Yugoslavia.

CROTIA

Semasa pembukaan awal peperangan populasi penduduk di wilayah Croatia menjangkau 4.8 juta, merupakan Republik kedua terbesar dalam bekas Yugoslavia, dimana 79% penduduknya adalah etnik Croatia dan 12% adalah bangsa Serb yang tertumpu di bahagian Krajina yang terletak berhampiran sempadan Croatia dan Bosnia. Kebanyakan orang Croatia berfahaman Roman Katolik. Croatia menyatakan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada bulan Jun 1991. Sepanjang musim panas tahun 1998, Croatia menuntut wilayah Krajina dan menghalau lebih 200 000 etnik Serb ke Serbia.

MONTENEGRO

Diawal peperangan populasi menjangkau 9.8 juta penduduk. Montenegro adalah satu-satunya wilayah berstatus Republik yang tidak pernah dikuasai Empayar Ottoman atau mana-mana kuasa luar. Sebahagian besar etnik Orthodoks Serbia, Montenegro dan Serbia sekarang adalah etnik yang wujud hasil perpecahan negara Yugoslavia.

MACEDONIA


Mempunyai populasi sebanyak 2 juta penduduk, Macedonia merupakan kampung halaman bagi orang-orang Slav Macedonia yang mana hampir kebanyakan daripada mereka menganuti fahaman Orthodox Christians dan terdapat sedikit sahaja Muslim di kalangan mereka.

SLOVENIA

Slovenia mempunyai populasi penduduk sebanyak 1 892 000 sebelum perang bermula. Merupakan wilayah terkecil dan terkaya dalam bekas Yugoslavia. Slovenia juga merupakan wilayah yang paling hampir dengan Eropah Barat, ia berkongsi sempadan dengan Austria. Hampir kesemua penduduknya terdiri daripada etnik Slovenia yang mempunyai struktur bahasa dan tradisi mereka sendiri. Slovenia telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada bulan dan tahun yang sama dengan Croatia iaitu pada Jun 1991.

0 comments:

Post a Comment